22 November 2014

Tekanan


Assignment bertingkek-tingkek. Masalah kiri kanan depan belakang. Serba tak kena. Rasa diri ni kosong. Takda tujuan. Rasa macam takda siapa faham diri ni.

Asyik tidur, sebab mungkin tu salah satu cara aku boleh lupakan masalah dan rasa tenang sekejap. Tapi, bila tidur pukul 11 hingga pukul 6 rasa macam tidur 10 minit. Sekejapnya rasa. Padahal dah berejam tidur.

Macam takda tujuan hidup.

Masa ni la kena reflect diri, muhasabah. Nilai diri sendiri. Tengok mana kurang, mana lebih. Elok ke yang kurang tu, elok ke yang lebih tu. Nilai balik. Siapa lagi nak nilai kelemahan diri sendiri melainkan diri engkau sendiri, ye dak.

Bila dah reflect diri, perbaiki diri.

Yang mana tak cukup solat 5 waktu, cukupkan dan khusyukkan.
Yang mana tak selalu baca Al-Quran, selalukan dan perbaikkan.
Yang mana tak berzikir dan jarang-jarang berzikir, ringankan mulut untuk berzikir, terutama selepas solat.
Yang mana tak cukup ilmu agama, banyakkan membaca dan hadir majlis-majlis ilmu.

Dalam hidup, kalau kita rasa macam ada benda tak kena, mungkin sebab iman kita lemah. Kita ni manusia. Terkadang lalai, terkadang alpa. Tapi jangan biarkan benda tu lama-lama. Nanti makin lama, kita makin malas nak perbaiki diri.

Akibatnya, hmm tanggunglah sendiri.