19 July 2016

Relapsed lymphoma stage 4 with brain metastates

Cancer. Kalau kita tengok drama melayu, kebanyakkannya akan ada sakit cancer. Kenapa eh? Sebab cancer antara penyakit kronik yang selalu menyebabkan kematian. Iya ke? Sebab tu kalau kita dengar ada antara keluarga kita ada cancer, kita takut dan kalau ada mulut yang macam puaka sikit, nanti kita dengarlah suara-suara sumbang kata 'tak lama lah tu'.


Ajal maut tu semua Allah dah tetapkan. Tak kira kau sihat ke sakit ke, ajal tu tetap akan menjemput kau. Walaupun yes, cancer tu antara penyakit kronik tapi tu tak menjadi sebab untuk mati cepat. Yakin dengan pertolongan Allah, usaha dan ikhtiar sehabis baik. Title aku kali ni berkenaan ayah aku yang telah dijemput Ilahi pada 9 Julai 2016, 4.38am (Hari Raya Keempat). Ya, ayah aku penghidap cancer lymphoma stage 3 pada akhir tahun 2012 sebelum disahkan relapsed lymphoma final stage plus brain metastates pada tahun ini. 


Pada mula kami diberitahu, hiba juga rasa. Tapi untuk putus asa tu jauh sekali. Makin tahu ayah sakit, makin kami ikhtiar sehabis baik. Nak suntik semangat untuk pujuk ayah terima rawatan bukannya mudah. Apabila orang yang sakit pun dah less motivated, apalagi yang berperanan untuk suntik semangat, mestilah kena lagi kuat dari yang lain. Takboleh cengeng. Takboleh tunjuk kesedihan depan orang yang sakit.


Ayah sakit, muntah-muntah, tak larat bangun, ayah buat operation, undergo chemotherapy, radiotherapy & transplant, semua tu aku tengok dengan mata sendiri. Keperitan sakit dia tu tak terkata. Selera makan kurang, nak kena pandai fikir untuk plan out his meals for every single day supaya dia tak muak and terus rasa nak makan. Hampir setiap hari menangis. Bukan setiap hari je, kadang setiap waktu meraung 'Sakit.. sakit..'.  Belum lagi cerita bab ubat, hmmm takpayah cerita pun takpa aih. Terlalu banyak ubat yang masuk dalam badan dia. 


Chemotherapy pakai dose yang paling kuat siap letak kain hitam untuk tutup drip tu, ayah boleh tempuh dengan senyuman je.. Bila ayah sakit kepala, aku urutkan kepala dia, gugur segenggam rambut macamtu je.. Sedih memang sedih. Hati rasa nak pecah. Cepat-cepat buang rambut gugur dia supaya dia tak nampak. Tapi yelah nama pun rambut dekat kepala sendiri. Mustahil la tak tahu haha. Then aku ajak ayah pi botakkan rambut lagi senang. Hehehe. 


Radiotherapy walaupun tak nampak sangat kesan sakit dia tu, tapi selera makan hilang dan banyak side effects yang ayah kena tempuh. Kita yang muda sihat ni ntah-ntah tak kuat pun nak hadapi benda tu, apalagi seorang pesakit cancer dah berumur 57 tahun terpaksa harungi juga sakit dan perit tu semua. Last resort, transplant di Hospital Ampang pada akhir 2015. Taktahu nak ungkapkan macamana lagi kekuatan dan ketabahan ayah masa tu. Ayah buat juga transplant demi isteri & anak-anak ayah. Kulit ayah jadi hitam sebab terbakar dan menganggu segala deria yang ada. Allah.. Terima kasih atas pinjaman kekuatan yang Kau beri kepada ayahku..


Lama juga ayah bertahan melawan penyakit dia. Hampir 4 tahun. Kuatnya semangat ayah. Doktor pun kagum dengan semangat ayah. Kadang kalau dekat ward, kalau ada kelapangan waktu & dia rasa sihat sikit mesti dia buat kerja. Nak ditegah, takboleh sebab tu salah satu cara ayah melupakan sakitnya dan mengisi masa yang dia ada. Cuma kita kena berjaga sama, penuhi kehendak dia untuk beri dia minuman atau buah-buahan supaya dia tak letih dan terus jatuh sakit. Kalau yang pernah jaga orang sakit, tahu lah payahnya macamana kan. Dengan tak cukup tidurnya.


Letih memang letih tapi kita pun turut gembira kalau dia tak meraung kesakitan dan mukanya ceria je. Kalau ada masa lebih, aku ajak dia tengok Running Man. Laughter is the best medicine ni boleh digunapakai. Betul. Ayah pernah baring tidur je tak larat nak buat apa pun. Satu hari tu, aku papah dia duduk di sofa yang selesa sikit dan suruh dia tengok Running Man dan makin hari dia makin minat nak tengok. Dia sengih pun dah cukup tenangkan hati, tak perlu sampai ketawa berdekah-dekah tu. Start dari situ, dia ada selera makan, dia larat nak bangun dan buat kerja-kerja lain. 


Sakit macam ayah ni takda masa yang tetap bila dia akan sakit, bila dia akan sihat. Sedangkan doktor pun pernah predict macam-macam tentang ayah tapi Alhamdulillah semuanya elok belaka. Tapi kalau dah namanya ajal.. Ianya takkan cepat sesaat atau lambat sesaat. Sejak ayah dah start pakai bantuan oxygen dan morphine pada Ramadan tahun ini, sejak dari tu aku perlu ajar hati aku supaya redha dengan segala ketentuan yang akan aku tempuhi. Hidup & mati itu kitaran normal sebagai seorang manusia dan setiap manusia pasti akan merasa kehilangan. 


Jadi.. Ayah tenanglah di sana ya.. InsyaAllah selagi ada daya dan kemampuan, ira akan jaga keluarga baik-baik dan tidak akan putus doa untuk ayah. Semoga ayah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah..

19 February 2016

Dijemput Ilahi

Kerap kali dengar berita pemergian teman-teman seusia kita. Allahuakhbar. Memang betul sesungguhnya ajal maut tu tak pernah mengira usia.

Di saat kita tengah sibuk belajar, sibuk bercinta, ada orang kehilangan ahli keluarga.
Di saat kita merancang masa depan, ada orang sedang tenat menanti pengakhiran.
Saat kita pasti akan tiba cuma tak pasti bila. Boleh jadi esok, lusa atau seminit akan datang. Sedarlah wahai manusia. Hidup di dunia ini hanya sementara. Jangan terus terleka dengan hal duniawi. Lebihkan hal akhirat.

Kita sedar akan hakikat itu, tapi liat untuk bersedia. Seolah rasa diri ini akan hidup sampai ke hari tua. Kenapa eh? Insaflah. Taubatlah. Jangan biarkan hati terus lalai dan leka.

Semoga pengakhiran kita dalam keadaan kita beriman, hidup dipenuhi dengan amal ibadah, dan segala salah silap diri telah dimaafkan oleh manusia yang lain. Dunia ini hanyalah pinjamanMu kepada aku.....